Rapatkan saff

Author: shah_l  |  Category: aku, fotografi, islam


nikon D80::1/1000sec::f/5.3
Salam semua
Aku tertarik dengan artikel ini
http://ummusaif.com/2008/09/07/saf-tidak-dipedulikan-lagi/

Mari baca pendapat aku pula..
Sebenarnya perkara ni dah acap kali aku tengok berlaku dalam masyarakat kita. Tak kira di surau r&r, surau, madrasah, masjid mahupun solat berjemaah sesama rakan di bilik. Masalah ini dipanggil –sindromsusahnakrapatkansaff-

Masalah ini akan lebih ketara kelihatan lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadhan iaitu ketika solat tarawih. Masing-masing pentingkan diri sendiri, mahu ruang yang maha selesa ketika bersolat, mungkin. Entahla…

Sindrom ini amat merisaukan kerana merapatkaan saff adalah sebahagian dari kesempurnaan solat. Sabda Rasulallah SAW

“Rapatkan saff-saff kamu. Sesungguhnya merapatkan saff merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat”

Aku mempunyai banyak pengalaman menghadapi masalah ini. Tambah-tambah lagi ketika solat tarawih usai 8rakaat. Terdapat jemaah yang balik awal. Mulalah nampak lompong-lompong pada setiap baris saff. Yang di belakang hanya beberapa orang yang melangkah memenuhi saff hadapan. Yang lain? Selesa di tempat lama. Sebabnya, tempat lama di bawah putaran kipas. Manusia-manusia itu enak bersaffkan hembus belaian sejuk angin kipas dari bersaffkan jemaah lain yang berbahang barangkali. Persetankan pandangan-pandangan dan jemputan-jemputan jemaah lain untuk memenuhkan saff hadapan. Lihat.. Pentingkan diri sendiri bukan?

Situasi lain aku selalu jumpa seperti begini
Ketika solat berjemaah. Manusia-manusia aneh ini lebih suka menolak rakan di sebelah untuk kehadapan, menjemput-jemput sambil tangan di angkat-angkat. Sopan sungguh. Kan lebih sopan kalau dia saja yang melangkah memenuhi saff.

Berbicara tentang merapatkan saff ini. Aku sudah lali dengan keadaan apabila merapatkan badan(bahu) dengan jemaah sebelah, secara automatik seperti ada spring, terus badannya berganjak (terpelanting?haha) menjauhi bahu aku. Bila rakaat kedua, aku cuba rapatkan bahu lagi. Macam biasa, terpelanting sekali lagi. Adoii.. Kalau tak percaya anda boleh cuba buat sendiri ujikaji ni..

Sepatutnya sebelum solat tu imam kena la sebut, lurus dan rapatkan saff . Ni, tak ramai yang sebut macamtu. Yang sebut pun lepas sebut tu terus solat. Apa salahnya kalau tengok-tengok dulu. Bagi masa untuk makmum betulkan saff. Baru lah sempurna solat jemaah tu.

Aku tak pandai sangat pasal hadis-hadis ni. Jadi aku google dan jumpa1blog ni yang terangkan dengan lebih jelas tentang kelebihan merapatkan saff ni. Beserta dengan hadis nabi Muhammad SAW. Sangat jelas diterangkan kat situ

http://ibnasmuni.blogspot.com/2007/11/bagaimana-dengan-saf-solatmu.html

Aku harap siapa-siapa yang baca boleh sampaikan pasal benda ni dan amalkan..

~Pastikan hati anda sentiasa bersepuhkan keimanan kepada ALLAH~

salam