Langkawi…part2

Author: shah_l  |  Category: aku, fotografi

salam semua

Hari ini hari yang membosankan bagi aku. Bangun pagi.. solat.. tengok tv… makan… tengok tv… (ter)tidur.haha.. tgk tv [baca:nyanyi] (apa yang penting.. kerjesame.. wonderpet datang.. lalalala.. oh.. sangat bosan)… melayari internet… makan tengahari.. solat… hmm.. bosan bukan?

Sebelah petangnya aku siap-siap. Keluar dari rumah Wan dan check in di hotel. Hotel apa? Hotel Bayview di Pekan Kuah. Kenapa tidur di hotel? Kerana hotel ini menjadi penginapan rasmi sempena Hari Keluarga Felcra Niaga Sdn Bhd. Mahu lihat bilik aku besar atau tak?

Mari tengok




Malamnya keluar makan di Restoran Seri Pulau. Lepas makan, aku bawa keluarga kawan abah ronda-ronda Langkawi. Tapi tak pergi banyak tempat pun. Cuma Dataran Lang dan Pantai Chenang. Gambar? Maaf, aku tak bawak kamera. Telefon bimbit saja jadi kamera.


~~Helang gergasi..Terbanglah..Wiiii~~

Gambar di Pantai Chenang tiada. Tapi aku ada beli sesuatu sebagai ole-ole..

tadaaa….




Aku bukan suka topeng ni. Tapi aku berkenan kat corak batik pada topeng ni. Unik bukan?

ok. sekian. Jumpa lagi pada entri esok

Yang benar,

MohdShahizalAbdullah a.k.a pemilik topeng comel. haha