setelah mendengar khabar bahawa ada tripod klon manfroto yang murah di kedai Hong, man bin samad dengan jiwa funfair terus beria-ia mengajak beberapa orang sahabatnya untuk menemaninya pergi ke kedai tersebut.
Sahabat-sahabatnya yang tahu tentang perangai man, akur dengan permintaan beliau. Mereka juga sudah masak dengan akibat jika menolak permintaan man..
Sehari suntuk dia akan merajuk. Tak makan dek pujuk. Ketuk pintu bilik tak bagi masuk. Kadang-kadang marah bagai dirasuk…
Haishh.. apa nk jadi anak cikgu samad ni..
Setelah bersiap sekadar melepas batuk di tisu, mereka pun manaiki kereta proton saga berseat recaro kepunyaan man..
Disebabkan terlalu teruja untuk memiliki tripod, man tak dapat mengawal daya kestabilan tubuhnya. Tangannya menggigil seperti berada di kilang ais che johan frozen di napoh, Kedah..
Dia tak dapat memandu dengan sempurna..
Maka, tugas pemandu digalas oleh sahabatnya, Amex
Keterujaan man tak dapat dibendung lagi. Hampir-hampir beliau mahu masuk ke dalam bonet kerana menyangka bonet ialah pintu belakang kereta..
Sambil2 melayan imiginasi saat-saat indah bersama tripod idamanya, man telah menghantar mesej kepada seorang kenalan lama beliau
“tripod victory rm90 ok ka?” man tekan butang send
“murah dah tu” kenalanya membalas
Man melayang2 seperti belon membuang angin..
Dia membalas semula mesej
“angkut selalu la lau camtu.. apa nk kna tgk? Ball head apa semua tuh ka? Tinggi seeloknya bpa?
“ada 2jenis. 1tgi paras lher.. 1lg tgi dr kpla.. yg 90 tu yg rndh kot. Tgk ball head, tgk kaki dia, kuat x bila kunci” balas rakanya
Man tersengih seperti kerang tak mandi
“Wokeh.. tenqiuk”
“ tapi hang jgn beli brand manbly. Brand tu xkuat kaki dia bila kunci. Nanti melurut turun.” Nasihat kenalanya melalui sistem pesanan ringkas
Man tersengih lagi.. dia berimiginasi akan keluar berdua-duaan bersama victory-klon manfroto di tepi pantai, bersama-sama menyaksikan sundown( baca; sunset )..
Oh indahnya..
Man mengelap air liurnya yang berjejeran keluar sempena meraikan pengalaman-pengalaman imiginasi yang indah itu..
Setibanya di kedai Hong, sebelum sempat Amex meletak kereta dia kawasan parking, man telah terjun keluar kerana beliau sudah nampak victory melambai-lambai kepadanya
Man terus menerpa ke arah Hong yang terpinga-pinga kehairanan melihat aksi stunt man tadi
“ tokey, tengok tripod victory. I mau angkat terus ni” ujar man penuh bersemangat
Tokey hong tersenyum sambil mengangkat sebelah keningnya
“sikijap aa.. sikijap”
Sementara tokey hong mendapatkan victory kesayangan man, man tidak dapat berdiri dengan tenang. Dia mundar mandir dan sempat melakukan tawaf beberapa kali mengelilingi kerusi di sebelahnya…
“haaa.. ni dia. Balang cantik lagi maaa” tiba-tiba tokey hong muncul dari bawah kaunter
Man terus merampas beg tripod dari tokey Hong.. dia membuka zip beg tersebut dan menarik keluar tripod..
Matanya melilau liar mencari logo tripod tersebut untuk mendapat kepastian bahawa itu adalah victory yang setelah sekian lama diidamkan..
Tiba-tiba matanya tertancap pada logo tripod tersebut
-MANBLY-
Terus pesanan ringkas kenalanya tadi meniti di bibirnya berulang kali
“ tapi hang jgn beli brand manbly. Brand tu xkuat kaki dia bila kunci. Nanti melurut turun”
“ tapi hang jgn beli brand manbly. Brand tu xkuat kaki dia bila kunci. Nanti melurut turun”
“ tapi hang jgn beli brand manbly. Brand tu xkuat kaki dia bila kunci. Nanti melurut turun”
Man melepaskan tripod tersebut..
Hatinya hancur berkecai. Seperti kacang ditumbuk. Hatinya menjadi sehalus serbuk..
Sahabat-saabatnya yang berada di situ telah maklum dari air muka man..
Selepas ni…
Sehari suntuk dia akan merajuk. Tak makan dek pujuk. Ketuk pintu bilik tak bagi masuk. Kadang-kadang marah bagai dirasuk…
Hati man hancur lagi..