assalamualaikum wbt
Kali ni cuba main dengan HDR pulak. Ni kali pertama cuba. Hasilnya, boleh laaa.. Tak puas hati sangat. Insyaallah aku cuba objek lain pula lain kali

untuk gambar yang lebih besar, klik di sini >>>flickr<<<
assalamualaikum wbt
Kali ni cuba main dengan HDR pulak. Ni kali pertama cuba. Hasilnya, boleh laaa.. Tak puas hati sangat. Insyaallah aku cuba objek lain pula lain kali

untuk gambar yang lebih besar, klik di sini >>>flickr<<<
Assalamualaikum wbt
Tak tahu nak tulis apa 2-3 hari ni. Layan gambar saja lah


salam
Percubaan bermain dengan tekstur. 2 tekstur digunakan.
untuk gambar yang lebih besar, klik di sini >>>flickr<<<
Assalamualaikum wbt
Semalam aku ke sidang media Persidangan Menteri-Menteri Besar & Ketua Menteri Kerajaan Negeri Bersama Kepimpinan Pakatan Rakyat di Kediaman Rasmi MB Kedah di Mentaloon. Terima kasih kepada Zaidi yang bawa aku dan Din ke sana. Aku dapat jumpa dengan pengamal-pengamal media yang ramah-ramah dan yang paling penting, aku dapat bertemu mata dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para menteri Besar seperti Dato’ Seri Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak; Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ir Nizar Jamaludin; Menteri Besar Perak, Tan Sri Khalid Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Lim Guan Eng; Ketua Menteri Pulau Pinang, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang; Presiden PAS, Dato Hj Husam Musa, Saifuddin Nasution dan ramai lagi yang selama ni aku cuma dapat tengok di kaca televisyen atau di dada akhbar sahaja.
Sidang media pertama diadakan pada pukul 7.10ptg. Aku yang kali pertama duduk dalam majlis macam ni terpaksa berebut-rebut dengan para jurugambar untuk mendapatkan angle yang terbaik bagi mendapatkan gambar yang terbaik. Hasilnya.. Hancuss..
Usai sidang media pertama, kami solat maghrib di masjid, kemudian singgah makan di cafe berhampiran Muzium Kedah sementara menunggu sidang media kedua yang akan dihadiri oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sambil makan, kami menonton Buletin Utama. Kemudian Anugerah Juara Lagu pula. Kami sempat menonton satu persembahan sahaja, kemudian terus ke Mentaloon semula untuk menunggu sidang media kedua.
Pada pukul 11.28mlm baru lah sidang media kedua diadakan. Malangnya tiada sidang media seperti yang diwar-warkan. Yang ada cuma sesi fotografi sahaja. Tak sempat nak ambil gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim. Haih.. Penat menunggu..
Ok. Layan gambar pula..

~credit kpd DIN untuk gambar ni~

~credit kpd DIN untuk gambar ni~








~credit kpd DIN untuk gambar ni~




Lepas aku ambil gambar ni, Ustaz Azizan tegur aku.
`Ni wartawan mana pulak? Tak pernah nampak pun’
‘err..’ Aku terus terkedu
‘Wartawan baru ka?’ dia tanya lagi
‘Ya ya’ Aku terus mengiakan saja. Haha




~Dapat media pass lagi. Ngeh2~