Jalan-jalan makan kenduri

Author: shah_l  |  Category: aku, fotografi

Salam semua

Dah lama aku tak update blog  ni. Haih.. Penyakit malas datang bertimpa-timpa.

Kelmarin aku dan Din ke Jeniang. Lebih spesifik di Jeneri untuk menghadiri majlis walimatulurus perkahwinan sahabat aku dari sekolah teknik hingga ke Politeknik. Aku bertolak dari Jitra pada pukul 1ptg. Tiba di daerah Sik ketika jarum jam menunjukkan angka 2.

Kami sesat!!

Setelah puas meronda mencari rumah kawan aku ni, aku mengambil keputusan untuk berhenti bertanya kepada seorang makcik yang menjual goreng pisang di tepi jalan. Kebetulan ada seorang pakcik sedang minum di gerai makcik tu. Pakcik tu la yang melukis peta yang lengkap dengan berapa jarak perjalanan untuk sampai ke rumah kenduri.  Pakcik tu siap kenal dengan ayah kawan aku ni lagi.

Pakcik memang otai lah.. Tabik. Toing..Toing..

Selepas tu, aku meneruskan perjalanan dan selamat sampai ke rumah kawan aku ni a.k.a Akmal. Aku masuk rumah dan terserempak dengan rakan-rakan lama waktu di Politeknik dulu.

Ni sedikit buah tangan dari sana



~group photo~



~nak balik dah~

Kepada Akmal & Nurul,  selamat pengantin baru. Aku doakan jodoh hang sampai akhir hayat. Cepat-cepat dapat anak. Haha.

Langkawi…part2

Author: shah_l  |  Category: aku, fotografi

salam semua

Hari ini hari yang membosankan bagi aku. Bangun pagi.. solat.. tengok tv… makan… tengok tv… (ter)tidur.haha.. tgk tv [baca:nyanyi] (apa yang penting.. kerjesame.. wonderpet datang.. lalalala.. oh.. sangat bosan)… melayari internet… makan tengahari.. solat… hmm.. bosan bukan?

Sebelah petangnya aku siap-siap. Keluar dari rumah Wan dan check in di hotel. Hotel apa? Hotel Bayview di Pekan Kuah. Kenapa tidur di hotel? Kerana hotel ini menjadi penginapan rasmi sempena Hari Keluarga Felcra Niaga Sdn Bhd. Mahu lihat bilik aku besar atau tak?

Mari tengok




Malamnya keluar makan di Restoran Seri Pulau. Lepas makan, aku bawa keluarga kawan abah ronda-ronda Langkawi. Tapi tak pergi banyak tempat pun. Cuma Dataran Lang dan Pantai Chenang. Gambar? Maaf, aku tak bawak kamera. Telefon bimbit saja jadi kamera.


~~Helang gergasi..Terbanglah..Wiiii~~

Gambar di Pantai Chenang tiada. Tapi aku ada beli sesuatu sebagai ole-ole..

tadaaa….




Aku bukan suka topeng ni. Tapi aku berkenan kat corak batik pada topeng ni. Unik bukan?

ok. sekian. Jumpa lagi pada entri esok

Yang benar,

MohdShahizalAbdullah a.k.a pemilik topeng comel. haha

langkawi 1

Author: shah_l  |  Category: aku, fotografi

Alhamdulillah aku selamat tiba di Langkawi jam 6 petang. Aku bertolak dari Kuala perlis jam 4.30 ptg. Menaiki bot CORAL 1. Perjalanan yang sepatutnya hanya 45minit menjadi 1jam 30 minit kerana bot yang agak perlahan.

Mujurlah aku dihiburkan dengan keletah kanak-kanak yang duduk di hadapan barisan tempat duduk aku.

“ Banyaknye orang. ”
“ Perahu ni tak jalan lagi ke. ”
“ Besarnya sungai ni.”
“ Banjir ke ni air banyak-banyak ?”

Antara perkataan-perkataan dari adik tu yang menghilangkan kebosanan aku.


~perahu ni tak jalan lagi ke~



~dilarang mengambil gambar~

Sampai di rumah Wan aku di Kampung padang Lalang pada jam 6.30 petang. Usai solat asar, aku terus keluarkan kamera dan ambil gambar sepupu aku melompat-lompat di luar rumah..


Malamnya aku tidur awal kerana keletihan.. zzzzz…

Nantikan entri Langkawi part2 pula selepas ini. Wiii

editing versi…..

Author: shah_l  |  Category: candid, editing, flickr, fotografi, portraiture

salam semua

Ini editing yang aku baru buat tadi. Modelnya ialah sepupu aku; Hazman Ismail. Gambar diambil secara candid semasa beliau sedang memegang tali pengikat lembu ketika ritual korban baru-baru ini.. Saksikanlah..Segar dari ladang kedaifoto. Wiii..


original


edit tahapahapa

bnw

texture tekstur

Pepatah hari ini

Author: shah_l  |  Category: editing, fotografi

versi lama
kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
versi baru
kalau takut dihempap tanah, jangan berumah di tepi bukit antarabangsa

sekian terima kasih

cell phone accessories Katherine River Cruises