salam semua

Siapa tengok berita Terkini TV3 pukul 4ptg tadi? Sila angkat kibod secara berjemaah.. Hehe
Ok. Begini. Berita terkini sebentar tadi melaporkan tentang malapetaka tahun ini; runtuhan tanah di Bukit Antarabangsa. Berita terkini yang dipaparkan ialah runtuhan susulan yang sempat dirakamkan oleh jurukamera TV3. Runtuhan kecil disusuli dengan runtuhan sederhana yang menumbangkan pokok di atas bukit.
Bukan ini perkara pokok yang aku mahu ceritakan kepada kamu semua. Tetapi satu suara yang menjadi suara latar semasa suasana runtuhan itu sedang dirakamkan.
Kamu dengar?
Lokasi : Kawasan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa
Suasana:
Runtuhan tanah sedang berlaku sedang dirakamkan oleh jurukamera TV3. Kedengaran suara-suara orang ramai yang menjerit-jerit ketakutan. Tetapi, suara yang paling jelas yang aku dengar dan yang paling menarik perhatian pendengaran aku ialah suara seorang lelaki yang sedang mencarut-carut
” oh…sh*t, sh*t, sh*t, sh*t, sh*t…”
Oh…sungguh kurang sopan apabila ianya disiarkan dan dapat ditonton oleh semua penonton di seluruh negara
Tapi kan.. Orang kata, kita mestilah selalu berfikiran positif
Jadi, aku pun berfikiran positif lah
Mungkin sewaktu orang ramai sedang menjerit ketakutan, mamat tu terpijak segumpal tahi kucing kuning yang lembik dan sedikit cair kerana baru dinyahtinja oleh seekor kucing yang terb*rak ketakutan kerana melihat runtuhan tanah besar-besaran di hadapan matanya sendiri.
Jadi, sedang orang ramai menjerit ketakutan melihat kejadian tanah runtuh, mamat tu menjerit ” oh, sh*t, sh*t, sh*t, sh*t…” dengan kuat untuk memberitahu orang ramai disekelilingnya bahawa dia sedang terpijak najis lembik itu.. Ohh…
Positif tak pemikiran aku. Kan aku dah kata aku ni baik. Tak sangka orang macam aku pun masih wujud kat dunia ni. Haha..
Jadi, malam ni kalau kamu menonton Buletin Utama TV3, cuba kamu pasang telinga. Ada tak jeritan sorang mamat yang yang sedang memberitahu orang bahawa dia sedang terpijak najis kucing. Itu pun jika kamu berfikiran positif la..
Kalau kamu berfikiran negatif atau suka menuduh, kamu akan berkata ” Ish, tak senonoh betul la mamat tu. Mencarut dikhalayak ramai” ohh..
Beritahu aku kalau kamu berfikiran positif, nanti aku akan berkata kepada kamu ” Tak sangka orang macam kamu pun masih wujud kat dunia ni.. ”
haha
Selamat berfikiran positif



