entri ala2 status fesbuk..

Author: shah_l  |  Category: Uncategorized, certot

hai.. kepada sapa2 yang rajin menjenguk kat sini, blog ni mungkin tak akan di ‘update’ selama beberapa minggu kerana tuan punya blog sedang buat-buat sibuk.. harap maklum : )

=,=’

Aku sebilah buku

Author: shah_l  |  Category: certot

oh.. maaf.. tajuk tu salah penjodoh bilangan. Karangan tak dapat diteruskan..

sekian

*entri ntah apa2 ni dihasilkan atas permintaan amek puteri melor yang mahukan entri lain dari entri sebelum2 ni yang penuh gambar sahaja..

p/s: takdak idea lg la nk menulis.. kak irah

certot2 (victory oh victory)

Author: shah_l  |  Category: certot

setelah mendengar khabar bahawa ada tripod klon manfroto yang murah di kedai Hong, man bin samad dengan jiwa funfair terus beria-ia mengajak beberapa orang sahabatnya untuk menemaninya pergi ke kedai tersebut.

Sahabat-sahabatnya yang tahu tentang perangai man, akur dengan permintaan beliau. Mereka juga sudah masak dengan akibat jika menolak permintaan man..

Sehari suntuk dia akan merajuk. Tak makan dek pujuk. Ketuk pintu bilik tak bagi masuk. Kadang-kadang marah bagai dirasuk…

Haishh.. apa nk jadi anak cikgu samad ni..

Setelah bersiap sekadar melepas batuk di tisu, mereka pun manaiki kereta proton saga berseat recaro kepunyaan man..
Disebabkan terlalu teruja untuk memiliki tripod, man tak dapat mengawal daya kestabilan tubuhnya. Tangannya menggigil seperti berada di kilang ais che johan frozen di napoh, Kedah..
Dia tak dapat memandu dengan sempurna..

Maka, tugas pemandu digalas oleh sahabatnya, Amex
Keterujaan man tak dapat dibendung lagi. Hampir-hampir beliau mahu masuk ke dalam bonet kerana menyangka bonet ialah pintu belakang kereta..

Sambil2 melayan imiginasi saat-saat indah bersama tripod idamanya, man telah menghantar mesej kepada seorang kenalan lama beliau

tripod victory rm90 ok ka?” man tekan butang send
“murah dah tu” kenalanya membalas

Man melayang2 seperti belon membuang angin..

Dia membalas semula mesej
“angkut selalu la lau camtu.. apa nk kna tgk? Ball head apa semua tuh ka? Tinggi seeloknya bpa?

“ada 2jenis. 1tgi paras lher.. 1lg tgi dr kpla.. yg 90 tu yg rndh kot. Tgk ball head, tgk kaki dia, kuat x bila kunci” balas rakanya

Man tersengih seperti kerang tak mandi

“Wokeh.. tenqiuk”

“ tapi hang jgn beli brand manbly. Brand tu xkuat kaki dia bila kunci. Nanti melurut turun.” Nasihat kenalanya melalui sistem pesanan ringkas

Man tersengih lagi.. dia berimiginasi akan keluar berdua-duaan bersama victory-klon manfroto di tepi pantai, bersama-sama menyaksikan sundown( baca; sunset )..

Oh indahnya..

Man mengelap air liurnya yang berjejeran keluar sempena meraikan pengalaman-pengalaman imiginasi yang indah itu..
Setibanya di kedai Hong, sebelum sempat Amex meletak kereta dia kawasan parking, man telah terjun keluar kerana beliau sudah nampak victory melambai-lambai kepadanya
Man terus menerpa ke arah Hong yang terpinga-pinga kehairanan melihat aksi stunt man tadi

“ tokey, tengok tripod victory. I mau angkat terus ni” ujar man penuh bersemangat

Tokey hong tersenyum sambil mengangkat sebelah keningnya

“sikijap aa.. sikijap”

Sementara tokey hong mendapatkan victory kesayangan man, man tidak dapat berdiri dengan tenang. Dia mundar mandir dan sempat melakukan tawaf beberapa kali mengelilingi kerusi di sebelahnya…

“haaa.. ni dia. Balang cantik lagi maaa” tiba-tiba tokey hong muncul dari bawah kaunter

Man terus merampas beg tripod dari tokey Hong.. dia membuka zip beg tersebut dan menarik keluar tripod..
Matanya melilau liar mencari logo tripod tersebut untuk mendapat kepastian bahawa itu adalah victory yang setelah sekian lama diidamkan..
Tiba-tiba matanya tertancap pada logo tripod tersebut

-MANBLY-

Terus pesanan ringkas kenalanya tadi meniti di bibirnya berulang kali
“ tapi hang jgn beli brand manbly. Brand tu xkuat kaki dia bila kunci. Nanti melurut turun”
“ tapi hang jgn beli brand manbly. Brand tu xkuat kaki dia bila kunci. Nanti melurut turun”
“ tapi hang jgn beli brand manbly. Brand tu xkuat kaki dia bila kunci. Nanti melurut turun”

Man melepaskan tripod tersebut..
Hatinya hancur berkecai. Seperti kacang ditumbuk. Hatinya menjadi sehalus serbuk..
Sahabat-saabatnya yang berada di situ telah maklum dari air muka man..
Selepas ni…

Sehari suntuk dia akan merajuk. Tak makan dek pujuk. Ketuk pintu bilik tak bagi masuk. Kadang-kadang marah bagai dirasuk…

Hati man hancur lagi..

certot *cerita kontot 1 (SaBariah)

Author: shah_l  |  Category: certot

muiz menghela nafas panjang..

mengeluh…

kakinya menguis2 anak pokok buluh yang baru tumbuh

‘lg sebulan dua boleh mai ambik rebung ni’ getus hati muiz sambil menelan air liur terbayang kesedapan ulam rebung cicah sambal belacan air tangan emaknya

tiba2 muiz menendang pucuk buluh itu. perasaan yang menghantuinya tadi kini kembali semula menguasai hatinya

geram!!

muiz sedikit kecil hati kepada ibunya kerana tidak mahu menunaikan hasrat hatinya yang sekian lama terpendam. dia sudah lama jatuh hati kepada SaBariah. anak pakcik nikon

‘apa peliknya nama ayah SaBariah tu ha?’ terbit persoalan itu dalam hatinya

muiz tiba2 tersengih. lucu

sambil duduk di tepi sungai, muiz cuba mencari jalan untuk mendapatkan SaBariah..

muiz mesti mencari jalan untuk mendapatkan SaBariah. bak kata cikgu english muiz waktu di tadika masjid dulu ‘by hook or by crook’..

muiz nekad kali ini.

apa nk jadi, jadi la..

dengan langkah yang bersemangat, dia kembali ke rumah bagi mendapatkan duit untuk SaBariah tercinta.

‘aku akan paksa mak kali ni. tak kira la nk panggil aku ni tanggang ke apa’ muiz bermonolog sendirian

tiba di halaman rumah, dia terdengar perbualan ayah dan ibunya. dia terdengar namanya disebut beberapa kali. muiz menekapkan telinganya di dinding rumah untuk mendengar dengan lebih jelas.

‘ayahnya, muiz dok mintk duit untuk SaBariah tu.. Macamana ni?’ ibunya bertanya

‘bagi jela duit kt muiz tu. kesian saya tgk dia merayu-rayu, menangis2 mintk maknya tunaikan permintaan dia’ ayahnya bersuara

buntang mata muiz. hidungnya kembang kempis. dia terbayangkan SB900 (SaBariah) yang dipadankan dengan kamera D200 ber’baterygrip’nya. fuh. macam transformers

muiz rasa hatinya berbunga-bunga…

online catalog Specialized literature