
Nikon D80::1/640sec::f/5.6
salam semua
Bagaimanakah ukhwah kamu, kamu dan kamu dengan saudara sesama muslim? Tak kira lah sahabat sekelas, teman sekerja, atau jiran tetangga di sekeliling kamu. Adakah sangat mantap, mantap sikit-sikit , suam-suam air untuk bancuh susu untuk bayi (apa aku merepek ni) atau hampeh biasa-biasa cap ayam sahaja.
Sila jawab sorang-sorang dan sengih sorang-sorang kalau jawapan kamu adalah jawapan yang terakhir?
Jawapan aku untuk soalan di atas?
aku tak sengih..haha (start merepek balik)
Ok2, berbalik kepada tajuk di atas..
Aku ingin membawa kamu semua ke satu situasi yang baru sahaja berlaku kepada aku lebih kurang 3jam yang lepas. Begini kisahnya. Tadi aku ke Bank Islam cawangan Jitra untuk mendepositkan sejumlah wang hasil projek mengambil gambar di KUIN. Usai berurusan dengan Enche` Mesin ATM, aku terus bergegas menuju ke van aku.
Masukkan kunci. Pusing. Buka pintu van. Waktu ni tengah mamai. Al maklumlah penat. Seharian berkejaran ke sana sini. Kaki sebelah melangkah masuk dalam van. Tiba-tiba…
Enciiiikk.. kedengaran jelas satu suara dari belakang aku. Agak perlahan tetapi mengejutkan aku
Sentap. Terkejut. Degup jantung terhenti.
allahuakbar, astaghfirullah al azim.. ( latah sopan sempena bulan Ramadhan.haha )
Aku berpaling ke belakang;
Kelihatan seorang perempuan berbangsa India. Tercegat berdiri tegak di belakang aku. Agak comot dan sedikit selekeh. Berketinggian sederhana. Sebelah matanya cemey sepet. Buta sebelah mata barangkali. Tetapi sopan bertudung. Memandang sayu ke arah aku.
`Encik, minta bantuan sikit. Saya baru masuk islam. Saya belum makan lagi dari tadi. Tak buka puasa lagi.’ (waktu Jitra menujukkan pukul 10.30 malam). Wanita tu bersuara lembut. Agak lemah. Sambil menunjukkan kepada aku selembar kertas bersaiz A4
`Makciiik…. Jangan sergah saya macamni. Terkejut saya. Lain kali bagi la salam dulu.’ Aku bersuara lembut; cuba berdiplomasi agar saudara baru tu tak terguris bila ditegur
Aku ambil kertas tu dan baca. Masih dalam keadaan terkejut dan jantung masih kuat berdegup..
PERMOHONAN SENARAI MENUNGGU UNTUK BANTUAN JKM ( lebih kurang macam ni ayat tajuk surat tu. Aku tak ingat sangat)
Tuan,
bla bla bla…
panjangggg..
Yang benar,
tandatangan
Aku dongak kepala pandang makcik tu. Perasaan kesian menyerbu-nyerbu masuk dalam hati
‘Tolonglah encik.’ Makcik tu bersuara lagi
‘ Saya orang susah. Anak tak ada, duit pun tak ada . Nak makan pun tak ada duit nak beli. Tolongla..’ Makcik tu bersuara lagi. Sayu. Mohon simpati
‘ Kesiannya.. ‘ Getus hati kecil aku
‘Makcik baru masuk islam kan? Cuba mengucap tengok ‘. Aku bersuara. Sekadar ingin menduga
‘ Bis..millah..irrahmanirrahim. Malikiyau middin . ‘ Terketar-ketar membaca potongan dari surah Al-Fatihah. Terkilas raut gusar di wajah makcik tu
Aku. Buat muka pelik.. Dahi berkerut
‘ Maaflah encik. Saya baruu saja masuk islam. Tak pandai lagi. Jangan marah saya. ‘ Makcik tu mungkin mahu mempertahankan diri bila tengok aku berubah wajah.
‘Ok..ok. Tak pa.’ Senyum.
Aku sebenarnya agak gelihati bila makcik tu membaca potongan surah al-Fatihah yang terlompat - lompat bacaanya apabila disuruh mengucap
Baru memeluk islam mungkin. Belum betah mulut untuk mengucapkan syahadah. Aku bersangka baik
Aku keluarkan sejumlah wang dan beri kepada makcik tu.
‘ Terima kasih encik. Terima kasih banyak-banyak. ‘ Tergambar kegirangan di wajahnya
‘ Sama-sama… ‘
Makcik tu pun berlalu pergi..
ok.. Habishh sudah cerita
Kamu tertanya sendirian bukan? Adakah makcik itu benar-benar baru memeluk islam atau sekadar ingin memohon simpati dengan bertopengkan tudung yang dipakainya. Sebetulnya di fikiran aku pun ada terlintas begitu. Tambah-tambah lagi kuiz mengejut 1soalan yang aku buat; suruh dia mengucap pun tak mengikut skema jawapan yang kamu semua sudah maklum tahu.
Mungkin itu hasutan-hasutan nafsu jahat yang sentiasa mencari kesempatan untuk membuat kita sentiasa berada dalam keadaan yang sentiasa bersangka buruk tentang orang. Bukankah Islam menuntut kita berkelakuan baik; tak kira lah berlainan agama atau bangsa? Cewah, berfalsafah pulak aku hari ni..
Panjang pulak entri ni.. Layan lagi
Berbalik kepada tajuk entri ini. Kemanakah jiran-jiran makcik itu? Kemanakah sahabat-sahabat makcik itu. Mungkin sibuk berjuang berperang dengan orang ramai di bazar Ramadhan bersama suami dan anak-anak. Sibuk membeli makanan yang bisa memenuhi tembolok hingga solat Maghrib pun tercungap-cungap keletihan (macam aku). haha
Tapi aku minum ja banyak. Bukan banyak makan ( oit2, entri ni bukan cerita pasal kau la Shahizal. Asyik melalut ja..)
Kembali semula kepada tajuk di atas.. Adakah kamu kamu dan kamu prihatin kepada umat Islam seantero dunia? Khususnya di Palestine yang acap kali ditindas oleh Yahudi laknatullah.
Sila jawab sorang diri mengikut skema jawapan aku pada perenggan pertama tadi.
Ha!! Ada yang tersengih-sengih sekali lagi.. Bajet cute comel la tu. Haha
Kita di Malaysia amat mewah dengan makanan sehingga kerap kali membazir-bazir.
Kita di Malaysia seringkali senak perut kerana terlebih makanan yang disumbat. Sedangkan di Palestine khususnya; orang di sana senak perut kerana terpaksa mengikat perut disebabkan kekurangan sumber makanan.
Adakah kamu semua berada dalam golongan yang seringkali berlebih-lebih yakni membazir apabila makan?
emm.. Dah panjang sangat dah ni.. Masih dalam mood mahu membaca entri ini? Jika ya, kita teruskan lagi
Sebagai seorang muslim yang berjaya, kita mestilah sentiasa bersikap ‘ menjaga tepi kain orang. ‘ Bukan mengambil tahu sehingga TERmengumpat-ngumpat sesama jiran atau sahabat yang lain. Cukuplah sekadar mengambil tahu tentang keadaan jiran kita atau orang yang berada di sekeliling kita. Adakah dia sakit? Adakah dia mempunyai makanan buat berbuka? Adakah sahabat anda sudah solat@puasa? Dan sahabat anda sentiasa berfikir; adakah anda juga sudah solat@puasa? haha..Adakah dia hensem atau dia comel bukan menjaga tepi kain orang ye adik-adik
Bukankah manis jika semua umat islam mengambil berat sesama umat islam yang lain..
Jadi, marilah kita semua sentiasa mengambil berat tidak kira lah dia sahabat kamu atau bukan. ( Baca dengan penuh bersemangat dan jiwa berkobar-kobar )
Tak salahkan menjaga tepi kain orang? Err.. Maksud aku mengambil berat ok.
Tahniah jika anda berjaya membaca hingga ke ayat ini.. Maklumlah, aku bukan ustaz yang bisa meyakinkan anda dengan hujah-hujah yang bersulamkan hadis-hadis Rasulallah SAW dan potongan ayat-ayat Al-Quran.
Sekali lagi aku menyeru kepada semua pembaca-pembaca. Ambil berat lah kamu kepada sesama jiran tetangga khususnya kepada saudara seagama. DAN, sebar-sebarkan lah nama blog aku ni kepada sahabat-sahabat anda. Boleh la ye… Anda semua hensem dan cute bukan.. Hehe
Selamat mencari lailatul qadar..
